Tip Penjagaan Jantung
Jantung merupakan salah satu organ yang amat penting terdapat dalarn tubuh kita. Tanpanya, sudah pasti kita semua tidak bernyawa. Justeru, untuk menjamin kesejahteraan dan kesihatan tubuh kita, amat wajar sekali perhatian sejak dan awal diberikan kepada jantung.
Seperkara perlu diingatkan, jantung kita akan terus berdenyut selagi hayat masih ada untuk mengepam darah yang mencukupi bagi kegunaan sel-sel tubuh. Namun disebabkan oleh gaya hidup yang tidak sihat, sebahagian besar daripada kita cenderung untuk mendapat serangan sakit jantung.
Seperti yang dimaklumi, serangan sakit jantung merupakan salah satu punca utama kematian di kalangan rakyat di negara-negara maju dan membangun seperti Malaysia. Hakikatnya, serangan sakit jantung bukan tidak boleh dielakkan. Cumanya, kita perlu menjaga jantung kita bermula dari sekarang. Bagaimanakah caranya?
Pertamanya, kita mesti memulakan tabiat baik sejak kanak-kanak lagi agar ia (amalan baik) itu berterusan sehingga dewasa kelak.
Terdapat banyak cara dan petua diberikan berhubung cara bagaimana menjaga jantung kita.
Buku-buku mengenai hal yang sama juga banyak terdapat di pasaran. Salah satunya ialah yang ditulis oleh Dr. Jamilah Jamaludin berjudul Jantung - Antara Hidup dan Mati (1997), terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Di dalam buku ini, beliau menurunkan beberapa petua menjaga jantung bagi dijadikan panduan. Antaranya ialah mengawal berat badan, menjaga pemakanan, berhenti merokok, bersenam, mengurangkan tekanan atau stres dan melakukan perubahan gaya hidup.
Kawalan berat badan
Kegemukan sering mencetuskan faktor risiko lain seperti paras lemak yang tinggi, darah tinggi, kencing manis dan sebagainya. Oleh itu, berat badan berlebihan hendaklah dikurangkan kepada nilai yang sesuai bagi bentuk badan seseorang itu.
Dan lazimnya, kegemukan itu disebabkan oleh makanan berlebihan yang mungkin diamalkan sejak kecil lagi. Realitinya, mereka yang memiliki berat badan berlebihan tidak bergiat aktif, lantas kalori yang tinggi dalam makanan mereka tidak digunakan.
Maka lebihan makanan itu ditukarkan kepada lemak yang berkumpul pula pada bahagian-bahagian tertentu di badan seperti paha, perut dan sebagainya tanpa ketinggalan jantung. Tetapi apabila lemak berkumpul di jantung, ia akan mengganggu kerja-kerja jantung.
Pemakanan
Bagi mereka yang ingin mengurangkan berat badan, boleh mengelakkan makanan yang kaya lemak seperti mentega, keju, minyak sapi dan makanan bersantan.
Pesakit jantung sendiri dinasihatkan supaya mengambil hanya sedikit makanan berlemak. Makanan yang mengandungi kolesterol hendaklah dielakkan. Ini termasuk telur, mentega, hati, otak dan sebagainya. Penggunaan minyak dalam penyediaan makanan juga patut dibataskan. Sebaliknya, digalakkan makanan yang dimasak secara kukus dan panggang. Masakan cara ini adalah lebih baik.
Sayur-sayuran seperti lobak, mentimun, semua jenis kubis dan sayur berdaun hijau selain buah-buahan adalah baik untuk men-jamin kesihatan dan kesejahteraan hidup. Justeru, amat baik sekali ia diamalkan setiap hari pengambilannya.
Seperkara lagi yang berkaitan dengan pemakanan ialah dinasihatkan tidak mengambil alkohol. Ia bukan sahaja menyulitkan usaha menurunkan berat badan tetapi turut mendatangkan bahaya pada tubuh, lebih-lebih lagi hati.
Berhenti merokok
Majoriti mereka yang mendapat serangan sakit jantung ialah kalangan yang merokok. Jika pernah mendapat serangan jantung, perlulah menurut nasihat doktor supaya amalan menghisap rokok dihentikan. Ini berupaya mengurangkan risiko berulangnya sakit jantung itu.
Bersenam
Bersenam adalah cara terbaik untuk menjaga kesihatan. Joging, berjalan dan mengayuh basikal merupakan antara contoh senaman bagi mereka yang ada mengalami serangan jantung.
Pendek kata, sebarang senaman yang dibuat secara teratur adalah baik dan jelas sekali aktiviti ini dapat mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung.
Aktiviti senaman dapat membantu jantung mengedarkan darah secara lebih berkesan. Selebihnya, dengan bersenam secara teratur turut menjadikan tekanan darah diturunkan.
Perubahan gaya hidup
Risiko mendapat penyakit jantung koronari dan hipertensi/tekanan darah tinggi sering dikaitkan dengan amalan atau cara hidup seseorang. Ini meliputi aspek pemakanan, aktiviti riadah, tabiat merokok dan sebagainya.
Cara ini, jika menjadi amalan kita, elok diubah. Amalan hidup yang sihat tentunya boleh menjaga tubuh kita, sekali gus menjaga jantung agar hidup sentiasa sejahtera.

JANTUNG
Degupan kencang tanda tidak normal
Degupan kencang tanda tidak normal
Oleh
ZUHAYATI YAZID
SERANGAN
strok atau angin ahmar boleh mengubah kehidupan seseorang sepanjang hayat.
Ini kerana
mangsa serangan strok yang terselamat daripada maut kebiasaannya akan mengalami
lumpuh dan lemah anggota badan sama ada sebelah tubuh atau keseluruhan badan.
Ini
menyebabkan pesakit memerlukan rawatan dan penjagaan berterusan lebih-lebih
lagi jika terlantar di katil.
Di
Malaysia, strok merupakan punca kematian yang ketiga terbesar selepas sakit
jantung dan kanser.
Malangnya
hanya segelintir sahaja yang mengetahui tanda amaran tentang apa yang patut
dilakukan sekiranya disyaki mengalami strok.
Satu
masalah paling kerap menyebabkan strok ialah Fibrilasi
Atrium (FA) iaitu keadaan degupan jantung tidak normal berpunca
daripada kegagalan impuls elektrik jantung semula jadi.
Apabila ia
berlaku, jantung berdegup dengan lebih laju.
Menurut
Perunding Kanan Pulmonori dan Penjagaan Kritikal Hospital Kuala Lumpur, Prof. Datuk Dr. Jeyaindran Sinnadurai, FA
merupakan rentak jantung tidak normal yang paling kerap berlaku.
Ia
memberikan kesan terhadap keupayaan jantung menjalankan tugasnya.
"Keadaan
itu disebabkan wujudnya aktiviti elektrikal yang tidak terkawal di atrium kiri
jantung dan mengganggu pusat isyarat elektrik yang berfungsi untuk mengawal
kadar denyutan jantung.
"Keadaan
ini menyebabkan kadar denyutan jantung dan nadi menjadi luar biasa dan tidak
stabil," ujarnya.
Kadar
denyutan jantung seseorang yang normal katanya, ialah 60 hingga 100 kali
seminit.
Manakala
dalam keadaan FA ruang atas jantung berdegup antara 350 hingga 700 kali
seminit.
Keadaan ini
mengakibatkan aliran darah berkurangan antara 20 hingga 30 peratus dalam
sesetengah keadaan.
Kata
beliau, FA memberikan kesan yang berbeza kepada para pesakit.
Malangnya
ramai yang tidak sedar mereka mengalami masalah FA dan penyakit itu sebenarnya
lebih mencabar daripada pesakit jantung yang lain.
Katanya,
keadaan itu menyebabkan proses mengepam darah dari jantung ke seluruh badan
akan terjejas.
"Pesakit
akan berasa letih dan lemah. Sebahagian darah mungkin tertinggal dan bertakung
dalam atrium dan akan membentuk darah beku.
Menurutnya,
darah beku akibat FA mungkin terpecah dan bergerak ke otak serta bahagian tubuh
yang lain, Ini yang menyebabkan strok atau kerosakan serius kepada organ lain
seperti jantung (lemah jantung).
Tambah
beliau, pesakit FA mempunyai risiko lima kali ganda untuk mendapat strok
berbanding mereka yang tidak mempunyai penyakit struktur atau organik jantung.
Ditanya
mengenai simptom-simptom penyakit itu, beliau menegaskan seseorang yang
menghidapi FA biasanya mudah berdebar secara tiba-tiba, merasa cepat letih,
lemah dan juga sukar untuk bernafas.
Selain itu,
penglihatan juga mungkin kelihatan kabur dan leher mudah berdenyut serta
berpeluh selain panas badan.
Satu cara
untuk mengetahui sama ada degupan jantung normal atau tidak ialah dengan
mengira dan merasa denyutan nadi di pergelangan tangan.
Jika
denyutan terlalu cepat atau tidak sekata, segera berjumpa doktor untuk
pemeriksaan.
Bagaimanapun
pesakit FA kini tidak perlu gusar kerana terdapat penemuan baru di mana
syarikat farmaseutikal, Bayer Healthcare baru-baru ini, melancarkan ubat
terbaru yang dinamakan Xarelto sebagai perlindungan terhadap ancaman penyakit
tersebut.
Xarelto
yang juga dikenali sebagai rivaroxaban adalah ubat antipenggumpal oral yang
dicadangkan pengambilannya sekali sehari pada dos yang ditetapkan tanpa perlu
melakukan pemeriksaan darah secara rutin.
Pengurus
Besar Bayer Healthcare Malaysia, Singapura dan Brunei, Dr. Axel Bouchon berkata, Malaysia adalah
negara pertama di Asia dan yang ketiga di dunia meluluskan penggunaan pil itu.
Dr. Noraziah Abd.
Kadir Jailani.
Pakar Perubatan Am
dan Dermatologi, Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC), Shah Alam, Selangor.
Perubahan Cara Hidup
Perubahan
cara hidup mampu mengelakkan kencing manis dan mengawal tahap gula dalam darah.
Pesakit kencing manis dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga untuk
mengelakkan dan mengawal kencing manis dengan melakukan beberapa perkara
seperti di bawah.
- Pemakanan
Pemakanan berkarbohidrat dan gula seharusnya dikurangkan supaya pengambilan kadar kalori pada sesehari itu terkawal. Berbincanglah dengan doktor atau pakar pemakanan untuk cara diet yang terkawal. - Senaman
Senaman penting untuk membantu mengurangkan berat badan dan juga menambahkan kesihatan jantung dan paru-paru (kardiorespiratori). Senaman perlu dimulakan secara beransur-ansur dan dengan nasihat doktor. - Penjagaan
berat badan
Pesakit yang mempunyai berat badan berlebihan akan mendapati tahap gula dalam badan sukar dikawal. Terdapat pesakit yang boleh menghentikan ubat kencing manis apabila berat badan dapat dikawal. - Pemeriksaan
diri sendiri
Pesakit kencing manis dinasihatkan membuat pemeriksaan sendiri terutamanya pada jari dan kaki yang kebas untuk tanda luka atau jangkitan kerana deria rasa sakit berkurangan. Ini membolehkan rawatan awal agar jangkitan tidak merebak.
Pemeriksaan Doktor dan Ubat
Pemeriksaan oleh
doktor untuk memastikan kadar gula dalam darah mesti dilakukan secara
berterusan. Ini membolehkan penghidap kencing manis memastikan bahawa tahap
gula dalam darah adalah terkawal. Dianggarkan bagi setiap 1 peratus pengurangan
kadar ujian darah A1 C, mampu menurunkan masalah berkaitan kencing manis
sebanyak 40 peratus. Penjagaan anggota kaki dan tangan mampu mengurangkan kes
anggota badan perlu dipotong disebabkan oleh komplikasi jangkitan sebanyak 45
hingga 85 peratus.
Kekerapan membuang
air kecil boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti:
- Kencing manis yang
tidak terkawal dan tahap gula tinggi dalam darah
- Jangkitan kuman
atau kencing kotor
- Kerosakan buah
pinggang
- Masalah pundi
kencing sama ada gangguan saraf atau masalah pundi kencing seperti pundi
kencing yang terlalu aktif, disyorkan agar berjumpa doktor untuk pemeniksaan
selanjutnya.
Alahan penyebab resdung
Oleh KHAIRUNNISA
SULAIMAN
nisa.sulaiman@utusan.com.my
ADAKAH anda
sering mengalami bersin, selesema, mata gatal dan hidung tersumbat secara
berterusan melebihi tempoh sebulan?
Jika
keadaan begini berterusan, anda dinasihatkan berjumpa doktor bagi memastikan
sama ada anda mengalami alahan hidung atau resdung.
Pakar
Runding Telinga, Hidung dan Tekak, Kepala dan Pembedahan Leher, Pusat Perubatan
Kelana Jaya, Petaling Jaya, Dr. Samril Bokari berkata, tanda-tanda alahan
hidung berkenaan yang tidak dirawat akan membawa kepada sinusitis atau resdung.
“Biasanya
tanda awal alahan hidung adalah selesema, bersin, hidung tersumbat serta muka
dan mata yang gatal dan berair.
“Dalam
keadaan begini tidak ramai yang mendapatkan nasihat dan rawatan doktor dengan
alasan penyakit yang dihidapi tidak teruk,” katanya.
Sememangnya
resdung tidak membawa kepada kematian tetapi memberikan kesan kepada gaya hidup
dan keyakinan diri pesakit.
Alahan
hidung berlaku apabila selaput hidup membran mukus, telinga tengah dan tekak
membengkak kerana menghidu debunga, hama dan habuk serta perubahan cuaca.
Apabila itu
berlaku, hidung akan bertindakbalas dengan benda asing menyebabkan simptom
seperti selesema, bersin, gatal mata dan hidung berterusan.
Dr. Samril
berkata, jika alahan hidung dibiarkan berterusan, ia akan menyebabkan
komplikasi seperti rongga sinus tersumbat (terdapat lapan rongga sinus).
Rongga
sinus yang bertindak untuk pengudaraan terhalang dan menyebabkan bakteria
terperangkap, sinusitus dan nanah terkumpul.
Pesakit
juga terdedah kepada jangkitan telinga tengah atau kegagalan Tiub Euschasian.
“Ketika itu
pesakit akan merasa tidak selesa di muka, bendalir hijau meleleh dari hidung
dan jika tidak dirawat akan menyebabkan jangkitan kuman di otak,” katanya.
Terdapat
juga pesakit yang menghidap asma akibat alahan hidung yang berterusan kerana
hidung dan paru-paru bersambung.
Rawatan
awal boleh dilakukan menggunakan ubat bagi mengurangkan selesema dan semburan
hidung yang berterusan sehingga sembuh.
Menurut Dr.
Samril, sinusitis boleh berlaku kepada sesiapa saja, bagaimanapun risiko lebih
besar jika ahli keluarga terdekat menghidapinya.
Alahan
hidung biasanya berlaku pada usia muda antara 8 hingga 11 tahun sementara 80
peratus menghidapinya semasa berusia 20 tahun.
Ketika usia
muda, alahan hidung lebih biasa berlaku pada kanak-kanak lelaki berbanding
perempuan tetapi bila dewasa peratusannya lebih kurang sama.
“Sejarah
pesakit amat penting dalam menilai alahan hidung.
“Elemen
penting termasuk menilai persekitaran, tempoh simptom, tindak balas perubatan,
sejarah keluarga dalam alergi dan pekerjaan,” katanya.
Sejarah
berkenaan boleh membantu mengenal pasti punca dan penawar kepada alahan
berkenaan.
Simptom
berkaitan dengan bersin, gatal hidung, mata dan telinga, hidung berair, sakit
kepala, mata merah dan letih.
Pastikan
simptom berkaitan dengan alahan sama ada debunga, kulat, haiwan tertentu, habuk
atau hama.
Biasanya
struktur hidung akan bengkak dan jika penyakit parah maka ruang sinus akan
mengandungi nanah.
“Pesakit
akan diberikan antibiotik selama 10 hari hingga dua minggu.
“Biasanya
pesakit yang mengambil ubat secara berterusan akan dapat mengawal alahan,”
katanya.
Bagaimanapun
jika resdung tadi bertambah parah, jalan terakhir adalah melalui pembedahan.
Mengatasi Stress ( Tekanan )
Stres
adalah respon tubuh seseorang dalam menghadapi pelbagai tuntutan dalam
kehidupan. Tuntutan-tuntutan tersebut mungkin merupakan perkara-perkara yang
datang dari luar (misalnya: surat pinjaman bank yang tertunggak, teman,
pekerjaan, atau hubungan dengan pasangan), atau mungkin juga datang dari
fikiran sendiri (misalnya: bagaimana penilaian terhadap diri sendiri). Stres
seringkali dicap sebagai sesuatu perkara yang buruk. Namun sesungguhnya setiap
orang memerlukan sedikit tekanan agar mereka memiliki hidup yang lebih baik.
Teknik
atasi stress yang sihat, antara lain:
- Tidur
Sejenak
Tidur sejenak selama 30 - 45 minit akan menyegarkan tubuh kembali. Orang-orang ternama yang memanfaatkan tidur siang untuk menangani stres adalah John F. Kennedy, Thomas Edison dan Salvador Dali. - Pengurutan
Anda boleh mengunjungi seorang pakar urut profesional ataupun meminta pasangan atau seorang sahabat untuk mengurut otot-otot leher dan bahu anda. - Mengekspresikan diri secara artistik
Jadilah orang yang kreatif dan alihkan energi anda secara positif. Anda boleh cuba untuk belajar akting, atau memainkan alat muzik, mengambil gambar, melukis, menulis puisi ataupun menyanyi. Muzik adalah media pereda stres yang sangat baik. Memainkan alat muzik atau cuma sekadar mendengar muzik sangat membantu untuk melegakan stres. - Kerap ketawa
Cara ini bukan rahsia lagi. Tertawa boleh menyebabkan stres yang ada hadapi menjadi lebih ringan. Sentiasa tunjukkan ekspresi yang menyenangkan diwajah anda. - Bersikap lembut terhadap diri sendiri
Sama ada disedari atau tidak, sebenarnya kita secara terus-menerus berbicara kepada diri kita sendiri. Berbicara kepada diri sendiri menunjukkan perilaku dan citra diri. Anda boleh mengubah kedua-dua perkara tersebut melalui pembicaraan yang positif kepada diri anda sendiri. Malahan pembicaraan tersebut boleh menyebabkan perubahan terhadap proses kimiawi tubuh yang menguntungkan, dengan cara mengaktifkan sistem saraf yang menimbulkan relaksasi. Sebaliknya, pembicaraan yang negatif kepada diri sendiri akan menyebabkan rangsangan terhadap sistem saraf simpatik dan menyebabkan tubuh berasa kelelahan.
Atasi stres anda. Hidup dengan sihat dan ceria.
Ikuti
tip-tip ini untuk mendapatkan paras kolesterol yang sihat dalam tubuh:
- Kurangkan pengambilan daging merah, lemak haiwan dan produk tenusu.
- Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi kolesterol seperti hati dan sesetengah makanan laut.
- Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi dengan gula dan karbohidrat ringkas yang lain.
- Tingkatkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran segar.
- Pengambilan lecithin juga boleh membantu mengelakkan pemendapan dan memudahkan penyingkiran lemak badan.
- Senaman secara berterusan membantu meningkatkan kolesterol HDL (High Density Lipoprotein), seterusnya menurunkan kolesterol total.
- Elakkan pengambilan alkohol secara berlebihan kerana ia menyumbang kepada penurunan paras kolesterol HDL yang meningkatkan risiko penyakit jantung.

No comments:
Post a Comment